Current song:

Pencawang TNB Terbakar, 5,000 Premis 'Bergelap'


GEORGETOWN: Lebih 5,000 kediaman dan pusat perniagaan di kawasan Air Itam di sini, terputus bekalan elektrik akibat kebakaran di pencawang masuk utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Paya Terubong, di Jalan Thein Teik, di sini hari ini.

Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, S Mohandass, berkata kebakaran yang berlaku pada pukul 11.50 pagi itu mengakibatkan suis dan kabel pencawang berkenaan rosak. Kawasan yang terjejas ialah kawasan Air Itam, Kampung Baru, Jalan Thein Teik, Padang Tembak dan Farlim, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata bagaimanapun hingga pukul 2.15 petang ini, TNB berjaya memulihkan bekalan ke lebih 75 peratus kawasan terlibat.

"Bekalan elektrik ke sebahagian lagi kawasan dijangka pulih sepenuhnya selewat-lewatnya 4 petang ini.

"Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan... punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Katanya kebakaran itu merupakan kejadian kedua berlaku di pencawang berkenaan bagaimanapun melibatkan suis yang berbeza.
"Pada Mac lalu, TNB peruntukkan RM3.5 juta bagi menukar 14 buah 'switchgear' di pencawang berkenaan berikutan berlaku kerosakan akibat kebakaran dan hari ini ia (kebakaran) melibatkan suis serta kabel lain, kerosakan tidak seteruk yang lalu," katanya.
Suara

Suara

Suara
Suara